Cara Kawalan

Pencegahan adalah kunci untuk menangani masalah lipas. Beberapa langkah pencegahan termasuklah :-
  • Elakkan kemasukan lipas ke premis, rumah anda dari bangunan berhampiran dengan menutup ruang dan lubang-lubang yang boleh di lalui oleh lipas
  • Kebersihan premis, rumah perlulah dijaga
  • Elakkan sisa makanan bertaburan
  • Tutup tong sampah dengan sempurna
  • Cuci peralatan dapur dengan segera selepas digunakan
  • Simpan semua bahan makanan di tempat tertutup yang tidak boleh dimasuki lipas
  • Kawal secara semburan amat berkesan tetapi mesti digunakan dengan betul
  • Mendapatkan nasihat pihak berkuasa sekiranya keadaan tempat anda tidak terkawal dari ancaman lipas.

Tempat Pembiakan

Lipas boleh didapati di tempat yang kotor umpamanya saluran kumbahan, tempat pembentungan sampah dan premis makanan yang kotor. Ia juga bersembunyi di dalam almari dapur, tangki najis dan dimana mana sahaja tempat yang lembab dan terselindung dari cahaya

Bahaya Lipas

Lipas mempunyai tabiat buruk iaitu mengeluarkan semula makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis sambil makan. Bulu kakinya pula mengangkut dan menyebarkan Kuman, virus, telur cacing, kulat dan kotoran di merata-rata tempat. Selain dari itu, lipas yang telah berkeliaran di tempat najis boleh mencemarkan makanan apabila merayap ke atas makanan tersebut.

Poster Kementerian Kesihatan